PENUTUP

DEDIKASI & PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan laporan akhir latihan industri ini. Kepada para pensyarah di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang yang banyak membantu saya dalam menguruskan hal berkaitan dengan latihan industri dan di atas segala pengorbanan pensyarah yang membantu saya menjalani latihan industri dalam keadaan yang sempurna.
                                    
Tidak lupa juga kepada Penyelia saya iaitu Encik Azrizal Bin A. Rashid kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).  Juga kepada staf-staf yang berkhidmat di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang telah banyak membantu, memberi tunjuk ajar dalam segala ilmu yang dicurahkan.  Segala jasa kalian semua, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada pelajar senior Politeknik Balik Pulau serta sahabat-sahabat yang telah membantu serba sedikit semasa saya menjalani latihan industri dan dalam penulisan laporan akhir latihan industri.


Terima kasih

No comments:

Post a Comment