INFO SYARIKAT

Piagam Pelanggan
a) Menyiapkan kerja ukur kadaster sehingga penyediaan Pelan Akui dalam tempoh tidak melebihi 60 hari dari tarikh penerimaan Permohonan Ukur yang lengkap dan teratur.
b) Memastikan penyemakan ke atas kerjakerja Jurukur Tanah Berlesen (JTB) disiapkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penyerahan dokumen yang lengkap dan teratur.
c) Memproses Pelan Strata dalam tempoh 30 hari dan Pelan Akui Strata dalam tempoh 50 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap dan teratur.
d) Memastikan pengeluaran nombor-nombor lot dilakukan dalam tempoh tidak melebihi 7 hari dari tarikh permohonan yang lengkap dan teratur daripada Jurukur Tanah Berlesen.
e) Menyedia serta membekalkan data-data ukur untuk penyediaan suratan hakmilik ke Pejabat Tanah/Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dalam tempoh 7 hari dari penerimaan permohonan yang sempurna dan teratur.
f) Memastikan dokumen geospatial terperingkat dibekalkan dalam masa 2 hari selepas menerima kelulusan tapisan keselamatan.
g) Memastikan data pasca proses MyRTKNet dapat diurus dan dibekalkan dalam masa 4 jam.
h) Memastikan sebarang permohonan pembelian maklumat geodetik tidak terhad dapat diurus dan dibekalkan dalam masa 1 hari.
i) Memastikan sebarang permohonan perkhidmatan transformasi koordinat, penukaran koordinat, unjuran peta dan interpolasi geoid dapat diurus dan dibekalkan dalam masa 1 hari.
j) Memastikan sebarang permohonan perkhidmatan / pembelian bagi setiap salinan data ukur/peta tidak terhad di kaunter JUPEM dapat diuruskan dalam masa 1 jam.
k) Memastikan data-data ukur dapat diakses dan diperolehi melalui ecommerce pada bila-bila masa.
l)Membuat pembayaran bil dan invois tidak melebihi 14 hari dari tarikh penerimaan lengkap diterima.

No comments:

Post a Comment