INFO SYARIKAT

Fungsi
a) Menasihati Kerajaan dalam bidang ukur kadaster dan pemetaan serta persempadanan negeri dan antarabangsa.
b) Menyediakan maklumat ukur kadaster secara lengkap dan kekal untuk tujuan pengeluaran hakmilik tanah strata dan statrum.
c) Menguruskan pangkalan data ukur kadaster dan pemetaan dengan efisien.
d) Menerbitkan peta-peta topografi, kadaster, tematik dan utiliti untuk tujuan perancangan, pengurusan sumber asli, pemuliharaan alam sekitar, pembangunan, pemantauan dan keselamatan.
e) Menyediakan insfrastruktur geodetik bagi ukuran kadaster, pemetaan, kejuruteraan dan kajian saintifik.


Kod Etika
a) Amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
b) Sentiasa sabar, tenang dan cekal dalam semua situasi.
c) Benar, tulus dan ikhlas dalam menjalankan sebarang urusan.
d) Berdisiplin dan berhemah tinggi.
e) Yakin, tepat, adil dan konsisten dalam membuat sebarang keputusan.
f) Sentiasa mengamalkan ciri-ciri kreatif, inovatif, bermotivasi, berdaya saing dan akuantabiliti.
g) Menjalinkan semangat kerjasama, muhibbah dan kasih sayang pada semua peringkat.
h) Berbangga menjadi warga JUPEM dan sentiasa berusaha meninggikan martabat dan imej jabatan.
i) Memberi perkhidmatan yang efisien dan berkualiti.
j) Berusaha memastikan produk-produk jabatan adalah berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan.
k) Sentiasa berwaspada dalam pengendalian maklumat tanpa membocori rahsia Negara kepada pihak yang tidak berhak menerimanya.


No comments:

Post a Comment