INFO SYARIKAT

Info Korporat
Visi
Menjadikan JUPEM terbilang dalam Perkhidmatan Ukur dan Pemetaan serta pengurusan data geospatial bagi memenuhi wawasan negara.


Misi
Menyediakan Perkhidmatan Ukur dan Pemetaan serta pengurusan data geospatial yang berkualiti melalui sistem terbaik, sumber manusia yang kompeten dan persekitaran kerja yang kondusif.



Motto
Pemacu Kesejahteraan Rakyat dan Pembangunan Negara.


Objektif
a) Memastikan produk dan perkhidmatan ukur kadaster dan pemetaan menepati sistem kualiti serta memenuhi keperluan pelanggan.
b) Memastikan pewujudan dan penyelenggaraan Pangkalan Ukur Data Kadaster dan Pemetaan yang kemaskini dan berkualiti bagi memenuhi keperluan infrastruktur data geospatial negara.
c) Menjadikan JUPEM pusat kecemerlangan dan rujukan dalam bidang ukur kadaster dan pemetaan.
d) Memastikan penentuan, penanda dan pengukuran sempadan negeri dan antarabangsa memenuhi keperluan pentadbiran negeri serta menjamin kedaulatan negara.

Dasar Kualiti
JUPEM komited kepada pemberian perkhidmatan ukur kadaster dan pemetaan serta penyebaran maklumat geografi yang berkualiti mengikut standard yang ditetapkan dan kepada usaha penambahbaikan yang berterusan bagi memenuhi kehendak pelanggan.

No comments:

Post a Comment