PENGENALAN

Pendahuluan

Latihan industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) sebagai syarat penganugerahan diploma. Latihan ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar dalam bidang Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan sebagai persediaan awal bagi pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Bagi sesi 2015/2016, latihan ini berjalan selama 20 minggu iaitu bermula 30 November 2015 sehingga 15 April 2016.


Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani latihan industri di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur.  Di dalam jabatan ini, saya telah ditempatkan di Bahagian Perancangan Dan Korporat(BPDK). Sepanjang latihan ini, saya diberi peluang untuk mengikuti pembelajaran yang terlibat menguruskan teknikal yang berkaitan. Perisian komputer yang saya perolehi adalah dapat membantu saya memahami keperluan kerja dan meninkatkan pemahaman akademik yang lebih jelas serta meluas dalam selok-belok bidang Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan).

No comments:

Post a Comment