PENUTUP

KESIMPULAN

Setelah saya menjalani latihan industri di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia, Jalan Semarak. Saya telah mengetahui dan mempelajari alam pekerjaan dengan lebih mendalam. Hasilnya saya amat bangga dengan apa yang saya pelajari dan saya bersyukur kerana berjaya menamatkan latihan industri ini dengan pengalaman yang amat berguna untuk masa depan. Pengalaman ini bukan sahaja memperkenalkan saya kepada sesuatu yang baru, malah ia memberi pendedahan awal kepada saya sebelum saya menjalani alam pekerjaan yang sebenar.

Selain itu, saya juga ingin membuktikan bahawa apa yang dipelajari di dalam kelas amat berguna bagi menempatkan diri di dalam alam pekerjaan sebenar kelak. Pelajar juga akan lebih menyedari bahawa pentingnya subjek yang dipelajari sebagai pegangan dalam meneruskan cita-cita yang ingin dikehendaki walaupun teori yang dipelajari tidak semestinya sama dengan yang dilakukan sewaktu tempoh latihan industri namun kesungguhan dan semangat amat penting sebelum menceburi diri di alam pekerjaan.

Banyak ilmu yang saya perolehi ketika menjalani program Latihan Industri ini. Segala ilmu yang diterapkan dan dipelajari sepanjang latihan akan saya gunakan sebaik mungkin untuk melangkah ke alam pekarjaan nanti. Latihan ini banyak membimbing pelajar yang tidak mengetahui akan kos tambahan yang diambil dan dipelajari semasa di Politeknik.

Pada kesimpulannya, latihan industri sememangnya program yang amat baik dan dapat melahirkan potensi kepada pelajar untuk lebih berkualiti di dalam bidang yang mereka ingin ceburi pada masa kini. Semasa latihan juga, saya telah merasai bagaimana suasana sebenar di alam pekerjaan, serta hubungan yang baik iaitu saling bantu - membantu dan berkerjasama di sepanjang saya menjalani latihan industri.




CADANGAN


Pengalaman amat penting bagi seseorang pelajar mempraktikkan ilmu yang telah diajar. Cadangan saya ialah pihak agensi perlu menitik beratkan soal pembelajaran semasa latihan industri ini. Pihak agensi perlulah memberi lebih peluang penglibatan dalam persekitaran pengkomputeran seperti pembangunan sistem, penyelenggaraan sistem, penyelidikan, pembangunan dan sebagainya. Ini dapat membolehkan pelajar mendalami cabaran pekerjaan sebenar diluar sana. Juga dapat dicadangkan elaun Latihan Industri jika ada bagi pelajar untuk menampung kos sara hidup semasa menjalani latihan industri ini.



No comments:

Post a Comment