PENGENALAN

Kepentingan Latihan Industri 

Latihan Industri wajib dijalani oleh semua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta sebagai syarat wajib bagi melayakkan pelajar menerima Sijil Diploma atau Ijazah mengikut jurusan yang diambil. Sebenarnya ia bukan setakat memenuhi syarat tersebut tetapi ia memberi kesedaran mengenai situasi sebenar di alam pekerjaan. Dengan adanya Latihan Industri banyak pengalaman yang berguna dan berharga diperolehi sebagai bekalan sebelum menjejakkan kaki kealam pekerjaan. Ia juga dapat membina keyakinan diri dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Jadi agak mudah dan selesa untuk melaksanakan kerja-kerja yang bakal diberikan nanti.

Latihan Industri adalah penting kerana latihan sebegini dapat mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. Ia juga dapat menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar, jika sebelum ini para pelajar memperolehi pengetahuan secara terhad, tetapi apabila pelajar mengikuti latihan ini, pelajar dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa sesuatu pekerjaan. Selain itu juga, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi atau kemahiran terbaru dalam Latihan Industri.

Selain daripada itu, latihan ini juga memperkenal diri pelajar itu sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan, dan sikap kepada majikan. Latihan ini dapat menonjolkan kebolehan pelajar untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh dan bekerja dengan penuh dedikasi serta menampilkan sikap yang positif kepada majikan. 

Latihan ini juga penting kerana ia dapat menghilangkan rasa rendah diri seseorang pelajar itu semasa berada di Politeknik tetapi apabila pelajar itu berada dalam latihan itu berkemungkinan dia akan bertemu dengan pegawai-pegawai yang berpangkat tinggi atau menghadiri mesyuarat serta menyediakan tugasan dengan pekerja asing.

Melalui latihan ini, pelajar tersebut dapat menangani sesuatu masalah dengan bijaksana melalui pengalaman yang telah di lalui sebelum ini. Nilai hormat- menghormati terhadap orang sekeliling akan timbul di dalam diri para pelajar sekiranya pelajar tersebut menjalankan Latihan Industri dengan sepenuh hati dan ikhlas. Diharap sifat ini akan berkekalan pada masa hadapan.
Kesimpulan yang dapat ditakrifkan tentang kepentingan Latihan Industri adalah:
a) Untuk membina dan memantapkan diri pelajar supaya lebih yakin untuk menghadapi sebarang tugas dan dugaan yang dihadapi di alam pekerjaan.
b) Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik atara pekerja dan kakitangan sesebuah organisasi.
c) Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar.
d) Agar pelajar tidak menghadapi sebarang kesukaran atau kekok apabila mula bekerja kelak.
e) Mengamalkan dan mematuhi peraturan keselamatan dalam industri.
f) Mengaitkan teori kepada praktis dan sebagainya.
g) Membina keyakinan diri.
h) Memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan.
i) Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.


No comments:

Post a Comment