PENGENALAN

Objektif Latihan Industri

Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam ko-kurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar-pelajar disyaratkan lulus Latihan Industri sebelum ini diperakukan untuk penganugerahan diploma dimana-mana pusat pengajian. Pelajar-pelajar akan ditempatkan di Jabatan-jabatan Kerajaan atau Syarikat-syarikat Swasta selama 20 minggu bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di pusat pengajian. Seringkali pelajar-pelajar akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pernah di tempuhi. Tujuan utama Latihan Industri ini diadakan ialah untuk mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar apabila para pelajar keluar dari politeknik nanti.

Para pelajar juga berpeluang untuk menggunakan segala ilmu pengetahuan ataupun teori yang berkaitan dengan kursus yang diambil ketika berada di politeknik semasa menjalankan Latihan Industri dan memberi peluang kepada para pelajar untuk menggunakan buah fikiran yang kreatif untuk kebaikan firma dan secara tidak langsung untuk kebaikan diri sendiri juga. Dengan itu, pengalaman yang telah ada ini, mungkin dapat membantu para pelajar untuk pembelajaran pada semester berikutnya dan alam pekerjaan yang sebenar. Para pelajar juga dapat didedahkan kepada cara-cara untuk berkomunikasi dengan baik, meluaskan pergaulan sesama rakan tempat kerja dan orang sekeliling, memupuk semangat kerja berpasukan yang tinggi dan hubungan baik dengan pekerja industri di mana ini sekali gus dapat menimbulkan rasa bertanggunngjawab terhadap sesuatu amanah (kerja) serta keseimbangan serta dari segala aspek.

Di samping itu, dengan mengikuti Latihan Industri, para pelajar dapat membaiki kelemahan diri sendiri untuk lebih maju dan berfikiran secara rasional di dalam menangai masalah yang mana telah di berikan oleh majikan. Semasa menjalankan Latihan Industri, para pelajar dapat menilai kebolehan mereka terhadap kerja yang diterima daripada majikan. Para pelajar dengan sendirinya dapat menanamkan semangat produktiviti terhadap cabaran serta rintangan yang bakal dihadapi.

Semoga dengan adanya Latihan Industri yang di jalankan ini mampu untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan Negara di masa hadapan dan juga mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan mereka mengikut kemahiran yang telah dipelajari. Kesimpulannya, objektif dalam menjalani Latihan Industri ini adalah menjalani Latihan Industri ini adalah untuk :
a) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
b) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
c) Membolehkan pelajar melihat berkaitan di antara teori yang dipelajari dengan kerja-kerja praktikal.
d) Mengamalkan dan mematuhi peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.
e) Membentuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugas.
f) Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja.
g) Dapat menilai kebolehan diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian.
h) Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap jurusan yang dipilih.
i) Meningkatkan semangat jujur, amanah , berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang diberikan.

No comments:

Post a Comment