INFO SYARIKAT

Definisi Logo
http://nurainzulkefle.blogspot.my/

a) Reka bentuk logo JUPEM terdiri daripada 3 bentuk asas iaitu titik-titik, bulatan gedang dan garisan orbit. Titik-titik ini terpisah dua oleh garisan orbit mencerminkan dua aktiviti utama JUPEM iaitu aktiviti pengukuran kadaster dan aktiviti pengukuran pemetaan.
b) Warna oren melambangkan keceriaan, kegemilangan, kepekaan JUPEM kepada kehendak pelanggan dan menyatakan kewujudan dan kepentingan JUPEM kepada masyarakat dan negara.
c) Warna hijau adalah warna rasmi jabatan dan dipilih bagi menunjukkan bahawa JUPEM senantiasa prihatin dan memberi perhatian serius kepada aspek alam semula jadi dalam pemeliharaan persekitaran yang sihat.
d) Penampilan titik-titik memberi petunjuk bahawa JUPEM menggunakan teknologi elektronik dan sistem jaring untuk memperkasakan maklumat ukur dan pemetaan.
e) Garisan orbit pula menitikberatkan betapa pentingnya komunikasi, penyebaran maklumat dan rangkaian.
f) Imej baru JUPEM yang ditampilkan pada keseluruhannya adalah lebih energetik, dinamik, progresif serta mampu bersaing dalam menghadapi cabaran-cabaran yang bersifat sejagat khususnya dalam penyediaan infrastruktur ukur dan pemetaan bagi mendukung Dasar Pembangunan Negara.

No comments:

Post a Comment