LAPORAN MINGGUAN

Pengenalan

          Seksyen Pengurusan Sistem Maklumat (SPSM) merupakan salah satu seksyen Bahagian Perancangan dan Korporat (BPK). Seksyen ini merupakan Seksyen Teknologi Maklumat yang menempatkan Pusat Data, yang menyimpan perkakasan, perisian dan data-data Geospatial seperti data pemetaan, kadaster, geodetik dan bahagian-bahagian lain di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

SPSM ini juga bertindak sebagai urusetia Jawatankuasa ICT untuk Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia. Seksyen ini juga bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan rangkaian dan komunikasi seperti email jabatan. Seterusnya seksyen ini juga menguruskan hal berkaitan JUPEM Portal dan Ebiz (pembelian atas talian). Disamping itu juga, seksyen menyediakan khidmat pengurusan data dan backup data di Tape library yang dikhususkan.

Jangka masa selama 20 minggu menjalani Latihan Industri di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia, Kuala Lumpur sedikit sebanyak telah mendedahkan saya ke alam pekerjaan sebenar. Dari tempoh 30 November 2015 hingga 15 April 2016, saya ditempatkan di syarikat ini di bawah penyelia, En Azrizal Bin A. Rashid sebagai pemimpin yang mengajar pelajar Latihan Industri.

Selama 5 bulan disini banyak yang telah saya pelajari dan telah diperolehi semasa menjalani Latihan Industri ini. Secara ringkasnya serta menyeluruh dapatlah saya menerangkan tugas saya sepanjang tempoh Latihan Industri ini secara mingguan. 

No comments:

Post a Comment